Wednesday, March 27, 2013

DIY SPEAKER LAPTOP REPAIR

ACER ASPIRE 4530 - DIY SPEAKER REPAIR

Pada ruangan kali ini, saya akan menerangkan cara - cara DIY speaker laptop anda.

Anda mengalami masalah ini ??

- Bunyi speaker anda dah pecah, kos untuk membaik pulih tinggi.
- Tiada spare part yg sesuai. ( ni paling kritikal) kekadang tu terpaksa beli speaker unit luar/headphone untuk dgr lagu)


Kos Membaik pulih diluar/kedai memakan belanja RM90 -RM150.. Spare part pula kita dapat second hand hmmmm.. pakai 3  ke 4 bulan, bunyi pecah balik.. Saya mengalami masalah yang sama seperti anda. akhirnya sampai le satu hari, member saya secara berseloroh kata, apasal tak pi bubuh gam jer..aha, idea..
terus saya cari pelbagai jenis gam untuk menampal speaker yg bunyi pecah tu..

Di sini saya bagi kaedah, gambar, dan juga kos untuk membaiki yg telah saya buat.

Tool yg diperlukan:-
-Gam Kayu ( saya guna Dunlop)
- Berus lukisan mata halus.
-screw dirver untuk membuka laptop.

Disini saya menguunakan Acer Aspire 4530



Step 1. 
Pastikan Power adapter dan juga battery telah dicabut.
Buka cover laptop sehingga menampakkan kedua - dua belah speaker.


Step 2.
ambil berus lukisan dan juga gam dunlop, sapukan gam dunlop disekeliling gegendang speaker jgn sapu tebal sgt. takut kekuatan bunyi yang dihasilkan.

Speaker Sebelum Disapu dgn gam Dunlop
Speaker yg telah disapu Gam
















Step 3.
Bagi sapuan gam tadi kering sebentar dalam 15 minit.

Step 4.
Buat sapuan kali ke dua pada keliling gegendang bagi memastikan dan keringkan selama 15 minit.

Step 5. 
On kan laptop anda, dan try speaker tersebut pada kekuatan bunyi yang maksimum.. hasilnya sungguh memuaskan.

Disini saya letakkan Kos saya.

Gam Dunlop RM4.50
Berus lukisan RM2.00
Total = RM6.50

Selamat Mencuba.

5 comments:

  1. WooooooooooHooooooooo!!!!!!!!!!!!!! Thanks Bro, Berhasil la bunyi balik, sbelum takut2 je nak pasang speaker sbab bunyinya pecah. Skrng okay dah. Hahahahhahahaha

    ReplyDelete
  2. tak rosak ke ek? takut la pulak

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalau sapu gam, bunyi pecah akan hilang, tapi bunyi juga akan turut jadi sangat perlahan sebab dah tak dapat vibrate bebas kerana gam tak flexible seperti getah yang asal.

    ReplyDelete