Simptom ni boleh dikenalpasti lebih awal dgnn dua cara.
1. Cara pertama dgn install software HWMonitor, anda boleh pergi ke link berikut http://www.cpuid.com/softwares/hwmonitor.html. Download dan install software tersebut.
Selepas install HWMonitor, Paparan nya seperti berikut; -
![]() |
Paparan HWMonitor |
Sila lihat pada Paparan HWMonitor, pada tag Temperatures. ia memaparkan CPU temperature. sebolehnya sebelum anda membuat cleanup / servis seterusnya. catatkan dulu temperatures tersebut untuk rekod anda dan juga perbandingan selepas membuat servis ( servis akan diterangkan pada post seterusnya ).
Cara Kedua dgn cara pemerhatian , pendengaran dan deria rasa :-
i. Cuba dengar pada ruang pengudaraan kipas pada laptop anda. adakah bunyi kipas terlalu kuat tidak seperti biasa. Jika kuat, ia antara simptom overheat disebabkan.. Kipas laptop akan berbunyi/berputar lebih laju jika suhu yang tinggi dikesan. Ia berputar laju disebabkan sensor dari cpu akan menghantar signal kepada litar kipas untuk berputar lebih laju untuk menyejukkan CPU /chip vga tersebut.
ii.Menggunakan deria rasa, cuba anda letakkan tangan anda pada pada ruang pengudaraan kipas, anda akan terasa bahang yg bukan normal. teramat panas.
iii. Cara pemerhatian pula, lihat pada ruang pengudaraan kipas suluh dengan torch lite. keadaan normal.. anda boleh nampak bilah kipas walaupun. Tak normal. anda cuma nampak habuk sahaja.
PENYEBAB LAPTOP OVERHEAT
1. Heat Compound pada CPU Laptop dan keras, suhu tidak boleh mengalir dgn baik
2. Habuk yang melekat pada bilah thermal sudah penuh dilitupi dengan habuk, sehingga habuk tersebut dah jadi macam span halus..
Gambar Akan di Update ( tunggu ok )
CARA MENGATASI
1. Dengan membuat laptop Housekeeping
- apa itu laptop housekeeping, membuka keseluruhan laptop, dan mencabut setiap part laptop. kerja yang agak remeh tapi berbaloi selepas anda membuat servis. kerja mencuci habuk dan meletakkan heat compound dan mnyembur WD40 pada motor kipas bg melancarkan pusingan kipas.
BERAPA KOS DI KEDAI.
Bergantung pada model laptop. ada setengah laptop boleh buka keseluruhan cover laptop bawah sehingga menampakkan kipas. ada juga yang kena buka keseluruhan part laptop. Kos bermula dari RM 40 hingga RM80.
P/S: Baik mencegah sebelum melarat dan mengakibatkan kos yang tinggi.
tolong repairkan laptop saye!
ReplyDelete