Wednesday, March 27, 2013

MENGENALPASTI SUHU LAPTOP OVERHEAT

ALAMAK KENAPA OVERHEAT DAN LAPTOP TETIBA OFF??


Simptom ni boleh dikenalpasti lebih awal dgnn dua cara.

1.  Cara pertama dgn install software HWMonitor, anda boleh pergi ke link berikut http://www.cpuid.com/softwares/hwmonitor.html. Download dan install software tersebut.

Selepas install HWMonitor, Paparan nya seperti berikut; -

Paparan HWMonitor
Sila lihat pada Paparan HWMonitor, pada tag Temperatures. ia memaparkan CPU temperature. sebolehnya sebelum anda membuat cleanup /  servis seterusnya. catatkan dulu temperatures tersebut untuk rekod anda dan juga perbandingan selepas membuat servis ( servis akan diterangkan pada post seterusnya ).


Cara Kedua dgn cara pemerhatian , pendengaran dan deria rasa :-

i. Cuba dengar pada ruang pengudaraan kipas pada laptop anda. adakah bunyi kipas terlalu kuat tidak seperti biasa. Jika kuat, ia antara simptom overheat disebabkan.. Kipas laptop akan berbunyi/berputar lebih laju jika suhu yang tinggi dikesan. Ia berputar laju disebabkan sensor dari cpu akan menghantar signal kepada litar kipas untuk berputar lebih laju untuk menyejukkan CPU /chip vga tersebut.

ii.Menggunakan deria rasa, cuba anda letakkan tangan anda pada pada ruang pengudaraan kipas, anda akan terasa bahang yg bukan normal. teramat panas. 

iii. Cara  pemerhatian pula, lihat pada ruang pengudaraan kipas suluh dengan torch lite. keadaan normal.. anda boleh nampak  bilah kipas walaupun. Tak normal. anda cuma nampak habuk sahaja.

PENYEBAB LAPTOP OVERHEAT

1. Heat Compound pada CPU Laptop dan keras, suhu tidak boleh mengalir dgn baik
2. Habuk yang melekat pada bilah thermal sudah penuh dilitupi dengan habuk, sehingga habuk tersebut dah jadi macam span halus..

Gambar Akan di Update ( tunggu ok )


CARA MENGATASI

1. Dengan membuat laptop Housekeeping
- apa itu laptop housekeeping, membuka keseluruhan laptop,  dan mencabut setiap part laptop. kerja yang agak remeh tapi berbaloi selepas anda membuat servis. kerja mencuci habuk dan meletakkan heat compound dan mnyembur WD40 pada motor kipas bg melancarkan pusingan kipas.


BERAPA KOS DI KEDAI.

Bergantung pada model laptop. ada setengah laptop boleh buka keseluruhan cover laptop bawah sehingga menampakkan kipas. ada juga yang kena buka keseluruhan part laptop. Kos bermula dari RM 40 hingga RM80.

P/S: Baik mencegah sebelum melarat dan mengakibatkan kos yang tinggi.


DIY SPEAKER LAPTOP REPAIR

ACER ASPIRE 4530 - DIY SPEAKER REPAIR

Pada ruangan kali ini, saya akan menerangkan cara - cara DIY speaker laptop anda.

Anda mengalami masalah ini ??

- Bunyi speaker anda dah pecah, kos untuk membaik pulih tinggi.
- Tiada spare part yg sesuai. ( ni paling kritikal) kekadang tu terpaksa beli speaker unit luar/headphone untuk dgr lagu)


Kos Membaik pulih diluar/kedai memakan belanja RM90 -RM150.. Spare part pula kita dapat second hand hmmmm.. pakai 3  ke 4 bulan, bunyi pecah balik.. Saya mengalami masalah yang sama seperti anda. akhirnya sampai le satu hari, member saya secara berseloroh kata, apasal tak pi bubuh gam jer..aha, idea..
terus saya cari pelbagai jenis gam untuk menampal speaker yg bunyi pecah tu..

Di sini saya bagi kaedah, gambar, dan juga kos untuk membaiki yg telah saya buat.

Tool yg diperlukan:-
-Gam Kayu ( saya guna Dunlop)
- Berus lukisan mata halus.
-screw dirver untuk membuka laptop.

Disini saya menguunakan Acer Aspire 4530



Step 1. 
Pastikan Power adapter dan juga battery telah dicabut.
Buka cover laptop sehingga menampakkan kedua - dua belah speaker.


Step 2.
ambil berus lukisan dan juga gam dunlop, sapukan gam dunlop disekeliling gegendang speaker jgn sapu tebal sgt. takut kekuatan bunyi yang dihasilkan.

Speaker Sebelum Disapu dgn gam Dunlop
Speaker yg telah disapu Gam
















Step 3.
Bagi sapuan gam tadi kering sebentar dalam 15 minit.

Step 4.
Buat sapuan kali ke dua pada keliling gegendang bagi memastikan dan keringkan selama 15 minit.

Step 5. 
On kan laptop anda, dan try speaker tersebut pada kekuatan bunyi yang maksimum.. hasilnya sungguh memuaskan.

Disini saya letakkan Kos saya.

Gam Dunlop RM4.50
Berus lukisan RM2.00
Total = RM6.50

Selamat Mencuba.